Thursday, October 14, 2010

New Age Messaging

Pernah tak korang (atau mak korang) layan live chat kat tv tu? Ye, yang mahal, RM0.50 satu mesej.. Memang tak masuk akal la nak chat pun nak kena bayar mahal-mahal. Pastu pandai pulak Moderator dia bagi subjek yang hangat supaya orang lagi ligat la nak memberi sesen dua idea dan pendapat.

Tapi, apa yang aku takleh tahan sekali... pertama-tama sekali (ex-boss aku selalu cakap camni, dia cina nak try cakap melayu pasar tak berbaku, hahaha kelakar..) sambung.. pertama-tama sekali CARA penulisan tu memang aku tak boleh blahhhh...............

q da lamer x on9
k0wunk
pew khabar
charyunk
aQ lapar lar
sayElse <-- haha tetiba nak kutuk "sials" ni.. eh memang nama dia ok..

dan pelbagai lagiiiiiiiiii.... termasuk saiz font yang suka-suka nAk TukaR pAda BebiLa mAsa.

Ini lagi satu petanda aku sudah tua dan tidak mengikuti peredaran zaman. Aku tak kisah la kau nak mengedar zaman ke, zaman beredar-edar ke, kau nak beredar sekali pun aku tak peduli, tapi kalau nak beredaran boleh tak nampak kemas sikit? Sakit mata, jiwa dan raga bila nak baca. Kalau anak aku sms aku camtu memang aku buang fon dia dalam toilet. Kalau nak mengarut eja suka hati, aku boleh hantar pergi kelas mengeja. Bahasa belum masuk lagi tu...

Apa alasan? Nak jimatkan ruang? Ada macam-macam lagi la cara nak pendekkan ayat... haiyooo...

Okla sudah... ni kira buang masa menaip je nih...

3 comments:

Biqque said...

i benci gile tgk chat@15 tu!!!

Liz said...

buang! buang!
Bulan Oktober ialah bulan bahasa kebangsaan. Marilah kita sama-sama menghayati bahasa kebangsaan kita.
Bahasa jiwa bangsa.

Unknown said...

penulisan yang melampau..i pun sakit jiwa bila adik duk type msg tulis cam nih!! cam nk bunuh2 je!!