Tuesday, September 13, 2011

Album Review: Projekt AK 'FUNKdeMENTAL' by meportal.net



Disiarkan Pada 12 Aug 2011 02: 39 Oleh one.barchiel di www.meportal.net

Komuniti underground tempatan pastinya sudah
lama mengenali Projekt A. K. yang ditubuhkan
pada 1995 ini. Mereka sering menyertai gig- gig
Hardcore di seluruh negara pada awal
pembabitan mereka dalam scene . Projekt A. K.
ketika itu merupakan pelopor trend rapcore dan
berbekalkan dua EP iaitu “Against
Kounterplot”(1997 ) dan “Prototyp”( 2002) ,
mereka telah berjaya membina satu reputasi
yang memberangsangkan dalam scene
underground lokal kita.

Seperti band- band lain secara amnya,
pertukaran anggota band adalah sesuatu yang
lumrah. Projekt A. K. telah beberapa kali
mengalami masalah sedemikian, namun dengan
semangat yang kuat mereka meneruskan
penglibatan mereka dan mencari idea- idea
baru. Transformasi yang paling ketara pastinya
arah muzikal mereka yang kini lebih kepada
irama funky- rock.

Album “FUNKdeMENTAL” ini amat ketara
elemen funky dan groove- nya. Muzik
sedemikian jarang diterokai oleh band- band
tempatan. Album ini jelas menampakkan
bahawasanya Projekt A. K. memainkan muzik
yang lahir dari hati mereka sendiri dan bukan
untuk pasaran semata-mata . Beberapa lagu-
lagu menarik termuat dalam album ini seperti
“Higher” yang turut mempunyai versi lain dalam
bahasa Malaysia iaitu “Inspirasi”, “Confusion ”,
“Tonite”, “Alright” dan “Angel ”. Keseluruhannya
“FUNKdeMENTAL” mampu menjadi duta muzik
funky bagi muzik lokal kita. Lagu- lagu yang
dipersembahkan mempunyai originaliti yang
kukuh dan berjaya mengalih tanggapan umum
bahawa muzik funky adalah seperti Red Hot
Chilli Peppers semata-mata . Funky yang
Projekt A. K. persembahkan ternyata berat dan
banyak diiringi gitar- gitar distortion.

Dua anggota asal Projekt A. K. iaitu Rudy
(vokalis ) dan Fyzal (drums ) masih kekal dalam
band ini sementara Syahmi (gitaris) telah
menganggotai Projekt A. K. sejak 1997 lagi.
Penyertaan Andy Flop Poppy selaku bassist
pada 2006 pula kekal sehingga kini. Line- up ini
dilihat agak mantap dan mampu membawa
Projekt A. K. ke destinasi yang lebih tinggi
dalam arena Rock- Alternatif kita.

Mampukah Projekt A. K. menjadi trendsetter
bagi muzik funky sepertimana mereka menjadi
trendsetter bagi rapcore dahulu? Marilah kita
sama- sama mengharapkan yang terbaik bagi
Projekt A. K. buat masa kini dan akan datang.
Seni mereka sememangnya berada di arah
positif bagi industri muzik tanahair .


---
Most fans like myself still do embrace the old rapcore. However we can't keep sticking our minds in the past. We have to move on and explore new things. Bad sign was when I went to an international gig (80s rockstars), our local 80s rockers were still stuck with their glam-rock image, whereas the international acts were already with modern clothing. Get where I'm going? We like to hold on too long of our past. I'm guilty too... chow!

1 comment: